Antara kandungan:
Coklat Love Habibi
INFO JSD: POKOK DERHAKA MERTUA
Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar
Keterangan:
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak
berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah
diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan
semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur.
Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang
runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua
mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya
mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang
panjang dan menegak. Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak
terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan
batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan
aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid
sitostrerol.
Kegunaan:
Bahagian derhaka mertua yang biasa
digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan
untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan
kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan
kecergasan badan.
Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati
batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies).
Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan
haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar,
dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh
sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan
janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya
perlulah dilakukan dengan berhati-hati
*terdapat di dlm Coklat Love Habibi.
No comments:
Post a Comment